Monday, November 9, 2009

poligami

Salam, teringat cerita d tv sabtu mlm baru ni, tentang payung siti fatimah, menceritakan tentang keikhlasan seorang isteri untuk membenarkan suaminya berkahwin lagi, pointnya hanya mahu org lain juga merasai nikmat yang dia rasa, memahami perasaan org lain, tidak pentingkan diri/tamak dunia, bersabar atas ujian Allah dengan tahajjud dan berdoa, mahu berkongsi kasih dan kebahagiaan dengan yang lain dan mengharapkan redho Ilahi..

dan menganggap cinta pada suami adalah tempias cintanya pada Ilahi, lakonan Bienda, semoga saya bakal memiliki ciri2 seperti yang dilakonkan olehnya.

kerana apa yang ditempuhinya walaupun sukar pada awalnya akan menjadi manis disirami iman dan ketenangan atas keyakinan/ ilmunya tentang janji/ rahmat Allah.

oleh itu pembaca, penting sangat ilmu, maka banyakkan membaca!

Sunday, November 8, 2009

jom jadi solehah abadan abada

Assalamualaikum wrth buat semua..

Salam ketemu buat semua..sudah lama ..kosong umpama gelas kosong tanpa air..=)... ..insyaAllah yang terbaik!=) hati kena sentiasa girang! Baru ada sinar yang menerpa..

Seperti kata-kata, seorang penyeru itu perlu memastikan air yang berada dalam gelas penuh, yakni dirinya penuh untuk memberi minum bagi manusia..

-------------------------
Dalam kehidupan ini kita akan berhadapan dengan ujian-ujian dari Allah kerana Allah terlalu cinta pada kita, dia mahu meningkatkan darjat kita d ccNya maka dengan cara apa? pastilah ujian (dlm erti kata yg sebenarnya)

Sahabat2..yang dicintai sekalian..

Hidup tidak akan pernah lari dr ujian..kerana kita sedang berusaha memperbaiki diri..maka hasilnya Allah mahu tengok, kerana syurga itu tinggi, susah untuk menggapainya,

Sahabat..

Selepas satu stage ke satu stage dimana kita akan terus memperbaiki diri..kerana zaman sekarang kalau mahu Islam tertegak perlu mengajak dengan amalan bukan dari kata2 sahaja .. Oleh itu, berilah contoh terbaik dlm hidupmu untuk Islam..kerana kita mahu Islam terkehadapan dengan akhlak manis penganutnya.

Mari kita berusaha!

Teruslah bersabar dengan menambah ilmu kerana untuk membuat seseorang itu mampu bersabar adalah dengan memiliki ilmu =) kalau kita tahu maka mudah bagi kita untuk bertindak, oleh itu jangan lupa tambah ilmu..baca buku tentang akhlak yang baik bagaimana..penting sebab R juga diutus untuk menyempurnakan akhlak..akhlak juga indicator kepada iman..=) ajaibkan? Hanya melihat kepada akhlak.. ada lagi sudut2 yang lain (ini diantara sudutnya)

Yang memberikan hidayah hanya Allah maka jangan lupa mengadu dan berdoa padaNya, walau sekejap tetaplah mengadu dan berdoa padaNya kerana hanya dia yang mendengar rintihan kita dan mengetahui segala apa yang ada di hati. Jangan kita sombong padaNya dengan mengabaikan atau melalaikan doa, doa kan tanda hubungan kita dengan DIA? =)

Nasihat pentingkan? kadang kadang kita telah tahu sesuatu tetapi kerana tiada nasihat kita lalai, yelah berhadapan dgn dunia yang terbentang! Sebab tu pentingnya apa? siapa yang akan menasihati kita? Bolehkah kita menerimanya? Tentu dia sayangkan kitakan sebab tu dia sanggup menasihati kita, mengajari, mendidik, mendorong, membantu..

Sekarang siapa yang memilih jalan hidup ini? Kita, kawan kita atau ibu bapa? siapa yang mengaturnya sekarang? Terpulang pada kita tentang kecenderungan hati, mahu yang mana? Tapi segala kebaikan yang mendatang tidak mampu kita sambut tanpa ada yang mengajak kan? Bolehkah kita hidup bertentangan dengan fitrah? Seimbangkah nanti hidup kita?

Terkadang kita hanyut untuk tahu dunia itu fana, dan masa muda itu tidak akan kembali..kerugian yang telah kita ciptakan x kanlah mahu kita biar atau ulanginya? Berubahlah! Sebab itu penting perubahan..sebab nanti akan dipersoalkan dihadapanNya..tentang masa mudamu apa yang engkau kerjakan,

Sahabat..marilah kita bersama dengan kawan yang baik..kerana kawan yang baik akan menuntun ke syurga..=) hargai masa, tingkatkan iman, jauhi maksiat, perbaiki akhlakmu..berbuatlah baik kepada manusia..banyakkan beribadah sunnah dan bergabunglah dengan kawan-kawan yang baik. Pilihlah kawan, pandai2lah cari kawan, perbetulkan niat dan tambah ilmu tentangNya.

Salam

Ilal liqa’ m'a salamah!

Wednesday, June 24, 2009

tetapi esok masih ada lagi...

jadi..ia menuntut perubahan.
sesungguhnya kehidupan ini menuntut perubahan, perubahan kadang kala susah untuk dipenuhi, kerana tidak terbiasa dengan sifat yang baru, hanyalah teguran berhikmah penuh kesabaran dan keikhlasan mampu melunakkan hati-hati manusia d dunia ini..akhlak..ya akhlak..hanya dengan memiliki akhlak mampu untuk mengubah peribadi seseorang tetapi tidak hanya cukup dengan akhlak semata2, dan kadang-kadang diri tidak menyedari apa yang perlu d ubah atau mungkin kesedaran belum benar2 hadir pada diri..masa dan pengalaman menentukan..cepat atau lambat perubahan itu..
salam ketemu buat semua..moga2 kita always memperbaharui niat..dan saling memberi dan menerima demi kebaikan bersama.
salam ukhuwah=)