Saturday, November 27, 2010

Hikmah yang ditakdirkan

kini, baru kutahu apa itu buah utrujah..dulu hanya mampu menyampaikan, kini...benar, perlunya kita menjadi mukmin yang wangi..

ada juga tentang ajak2 ayam..kerana ia hanya membuat kita penat..sebab kita ada halatuju dalam hidup. terkait dengan perubahan diri..mungkin akhlak atau jatidiri,

dakwah sesuatu yang besar. alangkah indah dakwah secara spontan .mgkin susah, tapi boleh diusahakn, apa yang penting ..HATi..sihat @ tidak. boleh check by tindak tanduknya.

Salam Motivasi

Kejujuranmu terletak pada ilmu

jujurlah pada diri..kerana Allah Maha mengetahui..berfikir berniat berusaha..apa yang penting adalah jihad

jihad walau sekecil apa pn,

kadang-kadang, terburu-buru itu sifat syaitan kerana orang beriman sentiasa tenang..

janganlah kita sombong dengan manusia dengan meninggalkan mereka seolah mereka tiada erti bagi kita..tetapi..kalau kita menghargai manusia walau dengan sekadar senyuman, sudah cukup menjauhkan kita dr sombong

sedangkan tenang, sabar itu sangat indah, dan ada kala kita perlu bersegera..adakala perlu bersabar..

kadang bila kita tahu Allah lebih tahu, kita x perlu risau, kerana niat kita yang betul keranaNya,

kadang perlu juga kita menjelaskan, tanda hormat kita padanya, berkait pula dengan akhlak, terpulang, hubungan hati tercipta antara manusia kerana adanya hubungan cinta kepada Pencipta..

Tuesday, May 11, 2010

kerana DIA.....

sbb Allah menguji kita, dan kita menang...atau tidak...hanya hikmah dan Dia yg tahu

menangis x salah....menangis lh...kalau itu sahaja jalan penyelesaian pertama...

x apa...bila kita kenal siapa Allah...kita akan suka pada semua keadaan...

keadaan sedih...

keadaan suka...

happy....

keadaan sakit...

pn kita tempuhi...kalau itu tanda kasih dan sayangNya....

buat kita hamba yg bukan maksum....

sering melakukan kesalahan...

dan Allah suka orang yg segera beristighfar.....

meminta maaf...

memuhasabah diri...

berbaik sangka pd Ilahi...

agar nnt dapat kita kembali kepadaNya

mohon padaNya

akan membuatkan kita terselamat dr tipuan dunia..

berprestasi atau sedang diuji?

salam,

insyaAllah hati yang terbuka akan bersama mengiringi jalan perjuangan ini...semoga Allah menggerakkan hati untuk sentiasa bersama dalam 'jalan ini', ameen

apabila kita berprestasi d hadapan Allah, dan Allah datang untuk menguji....lps satu2, dalam sedar, dalam lupa...Allah tidak pernah percaya cinta kita kepadaNya sehingga kita membuktikan,

dan adakah diri ini mampu? mampu untuk bertahan...benar kata2, kehidupan ini sesuatu yang perlu d singgahi... ujian Nya berbeza mengikut tahap iman...tiadalah ujian Allah beri melainkan Dia tahu hambaNya mampu untuk menghadapinya,

semoga Allah menyayangi kita semua, dengan rasa cinta, takut, harap, sedih, (pelbagai rasa), yang penting perasaan itu datang dariNya

semoga Allah mentsabatkan kita semua di atas jalanNya..dengan iman dan amal...

Monday, November 9, 2009

poligami

Salam, teringat cerita d tv sabtu mlm baru ni, tentang payung siti fatimah, menceritakan tentang keikhlasan seorang isteri untuk membenarkan suaminya berkahwin lagi, pointnya hanya mahu org lain juga merasai nikmat yang dia rasa, memahami perasaan org lain, tidak pentingkan diri/tamak dunia, bersabar atas ujian Allah dengan tahajjud dan berdoa, mahu berkongsi kasih dan kebahagiaan dengan yang lain dan mengharapkan redho Ilahi..

dan menganggap cinta pada suami adalah tempias cintanya pada Ilahi, lakonan Bienda, semoga saya bakal memiliki ciri2 seperti yang dilakonkan olehnya.

kerana apa yang ditempuhinya walaupun sukar pada awalnya akan menjadi manis disirami iman dan ketenangan atas keyakinan/ ilmunya tentang janji/ rahmat Allah.

oleh itu pembaca, penting sangat ilmu, maka banyakkan membaca!

Sunday, November 8, 2009

jom jadi solehah abadan abada

Assalamualaikum wrth buat semua..

Salam ketemu buat semua..sudah lama ..kosong umpama gelas kosong tanpa air..=)... ..insyaAllah yang terbaik!=) hati kena sentiasa girang! Baru ada sinar yang menerpa..

Seperti kata-kata, seorang penyeru itu perlu memastikan air yang berada dalam gelas penuh, yakni dirinya penuh untuk memberi minum bagi manusia..

-------------------------
Dalam kehidupan ini kita akan berhadapan dengan ujian-ujian dari Allah kerana Allah terlalu cinta pada kita, dia mahu meningkatkan darjat kita d ccNya maka dengan cara apa? pastilah ujian (dlm erti kata yg sebenarnya)

Sahabat2..yang dicintai sekalian..

Hidup tidak akan pernah lari dr ujian..kerana kita sedang berusaha memperbaiki diri..maka hasilnya Allah mahu tengok, kerana syurga itu tinggi, susah untuk menggapainya,

Sahabat..

Selepas satu stage ke satu stage dimana kita akan terus memperbaiki diri..kerana zaman sekarang kalau mahu Islam tertegak perlu mengajak dengan amalan bukan dari kata2 sahaja .. Oleh itu, berilah contoh terbaik dlm hidupmu untuk Islam..kerana kita mahu Islam terkehadapan dengan akhlak manis penganutnya.

Mari kita berusaha!

Teruslah bersabar dengan menambah ilmu kerana untuk membuat seseorang itu mampu bersabar adalah dengan memiliki ilmu =) kalau kita tahu maka mudah bagi kita untuk bertindak, oleh itu jangan lupa tambah ilmu..baca buku tentang akhlak yang baik bagaimana..penting sebab R juga diutus untuk menyempurnakan akhlak..akhlak juga indicator kepada iman..=) ajaibkan? Hanya melihat kepada akhlak.. ada lagi sudut2 yang lain (ini diantara sudutnya)

Yang memberikan hidayah hanya Allah maka jangan lupa mengadu dan berdoa padaNya, walau sekejap tetaplah mengadu dan berdoa padaNya kerana hanya dia yang mendengar rintihan kita dan mengetahui segala apa yang ada di hati. Jangan kita sombong padaNya dengan mengabaikan atau melalaikan doa, doa kan tanda hubungan kita dengan DIA? =)

Nasihat pentingkan? kadang kadang kita telah tahu sesuatu tetapi kerana tiada nasihat kita lalai, yelah berhadapan dgn dunia yang terbentang! Sebab tu pentingnya apa? siapa yang akan menasihati kita? Bolehkah kita menerimanya? Tentu dia sayangkan kitakan sebab tu dia sanggup menasihati kita, mengajari, mendidik, mendorong, membantu..

Sekarang siapa yang memilih jalan hidup ini? Kita, kawan kita atau ibu bapa? siapa yang mengaturnya sekarang? Terpulang pada kita tentang kecenderungan hati, mahu yang mana? Tapi segala kebaikan yang mendatang tidak mampu kita sambut tanpa ada yang mengajak kan? Bolehkah kita hidup bertentangan dengan fitrah? Seimbangkah nanti hidup kita?

Terkadang kita hanyut untuk tahu dunia itu fana, dan masa muda itu tidak akan kembali..kerugian yang telah kita ciptakan x kanlah mahu kita biar atau ulanginya? Berubahlah! Sebab itu penting perubahan..sebab nanti akan dipersoalkan dihadapanNya..tentang masa mudamu apa yang engkau kerjakan,

Sahabat..marilah kita bersama dengan kawan yang baik..kerana kawan yang baik akan menuntun ke syurga..=) hargai masa, tingkatkan iman, jauhi maksiat, perbaiki akhlakmu..berbuatlah baik kepada manusia..banyakkan beribadah sunnah dan bergabunglah dengan kawan-kawan yang baik. Pilihlah kawan, pandai2lah cari kawan, perbetulkan niat dan tambah ilmu tentangNya.

Salam

Ilal liqa’ m'a salamah!

Wednesday, June 24, 2009

tetapi esok masih ada lagi...

jadi..ia menuntut perubahan.
sesungguhnya kehidupan ini menuntut perubahan, perubahan kadang kala susah untuk dipenuhi, kerana tidak terbiasa dengan sifat yang baru, hanyalah teguran berhikmah penuh kesabaran dan keikhlasan mampu melunakkan hati-hati manusia d dunia ini..akhlak..ya akhlak..hanya dengan memiliki akhlak mampu untuk mengubah peribadi seseorang tetapi tidak hanya cukup dengan akhlak semata2, dan kadang-kadang diri tidak menyedari apa yang perlu d ubah atau mungkin kesedaran belum benar2 hadir pada diri..masa dan pengalaman menentukan..cepat atau lambat perubahan itu..
salam ketemu buat semua..moga2 kita always memperbaharui niat..dan saling memberi dan menerima demi kebaikan bersama.
salam ukhuwah=)